fbpx
rekaan kenderaan ini dari pandangan sisi yang menonjolkan karakter tersendiri.

Nissan Leaf 2023 tampil lebih sporty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pada bulan Mac lalu telah memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) Nissan Leaf baharu 2023.

Model ini sebenarnya ialah EV yang pertama dikeluarkan Nissan sejak dilancarkan pada tahun 2010 dan kini merupakan salah satu EV yang terlaris di dunia dengan jualan melebihi 600,000 unit di dunia.

Nissan Leaf 2023 merupakan versi dipertingkat daripada generasi keduanya yang diperkenalkan pada tahun 2019.

Baru-baru ini ETCM telah memberi peluang kepada penulis untuk memandu uji EV versi terbaharu ini selama beberapa hari.

Kenderaan ini menggunakan kuasa elektrik dengan motor yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 150PS dan tork tertinggi pada 320Nm. EV ini mampu memecut dari pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 7.9 saat.

Berdasarkan ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC), Nissan LEAF terbaharu itu mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 311 kilometer (km) bagi setiap pengecasan penuh.

Bagi penulis, jarak ini lebih daripada mencukupi untuk kegunaan harian kebanyakan pemandu di negara ini. Namun, sekiranya untuk pemanduan jauh mungkin perlu rancang perjalanan dengan sebaiknya.

Proses untuk mengecas semula bateri litium-ion 40kWh boleh dilakukan sama ada di rumah atau dalam perjalanan dengan tiga pilihan pengecasan.

Dua pilihan adalah pada port pengecas yang boleh menerima dua jenis penyambung – CHAdeMo untuk pengecasan DC pantas dengan kadar cas maksimum 50kW atau Type 2 (sebelum ini Type 1) untuk pengecasan AC dengan kadar cas maksimum 6.6kW.

Rekaan luaran turut dipertingkat dengan jeriji gril hadapan Aero hitam.

Sementara itu, bagi waktu kecemasan, terdapat juga kabel Type 2 mudah alih yang boleh dipasang pada soket elektrik tiga pin. Tempoh pengecasan DC adalah lebih pantas dan pengecasan dari sifar hingga cas penuh 100 peratus kira-kira hanya satu jam.

Bagi pengecasan AC pula perlu masa mengecas penuh sekitar tujuh jam.

Penulis difahamkan Nissan sudah berpengalaman lebih 70 tahun dalam kajian penyelidikan dan pembangunan EV. Khususnya, Nissan mempunyai teknologi bateri yang terkemuka dengan panggilan balik sifar dan tiada insiden besar berkaitan bateri sepanjang 13 tahun Nissan Leaf di pasaran dunia.

Pada bahagian luaran, Nissan Leaf ini telah dipertingkat dengan jeriji gril hadapan Aero hitam serta logo jenama yang baharu. Lampu hadapan bersepadu dengan lampu siang LED selain bampar hadapan juga telah direka bentuk semula.

Bahagian belakang pula, Aero spoiler direka bentuk baharu dengan prestasi aerodinamik yang dipertingkat, manakala diffuser panel di bawah bampar pula dilengkapi dengan kemasan kelabu.

Penggunaan rim aloi dengan rekaan lima jejari bersaiz 17 inci tampil lebih agresif secara tidak langsung menunjukkan gaya yang sporty.

Model yang penulis pandu uji ini menggunakan warna Stealth Grey di samping kesan visual bumbung terapung. Selain warna itu, model Leaf ini turut ditawarkan dalam enam warna menarik lain seperti Opera Mauve, Akatsuki Sunrise Copper, Burgundy, Vivid Blue, Pure White Pearl dan Midnight Black.

Tempat duduk yang berwarna cerah.

Masuk ke ruang kabin, perubahan pada model 2023 ini termasuk lencana identiti jenama pada bahagian stereng, panel paparan tengah yang dinaik taraf kepada lapan inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Selain itu sambungan Bluetooth juga tersedia dengan operasi bebas tangan bagi ciri tertentu yang boleh dilakukan dengan pengecaman suara.

Ruang kargo asas ditawarkan seluas 435 liter, namun sekiranya perlukan ruang lebih luas, lipatkan semua tempat duduk dan ruang yang ditawarkan mencecah 1,175 liter.

Warna dalaman untuk upholsteri kulit pula didatangkan dalam Graphite Black atau Stone Grey.

Nissan Leaf 2023 ini juga telah menerima ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkat seperti Intelligent Lane Intervention dan Intelligent Lane Departure Warning, High Beam Assist, dan Intelligent Rear View Mirror.

Selain itu, Nissan Leaf juga telah menerima penarafan keselamatan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Jepun (JNCAP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN