fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

OKU buta kini tewas dengan kereta EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Enjin kereta elektrik (EV) yang senyap tanpa bunyi berbanding enjin kenderaan biasa, ‘menyukarkan’ pengguna e-hailing dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) penglihatan untuk menyedari tempahan perkhidmatan itu sudah tiba atau sebaliknya.

Pengalaman itu dikongsikan oleh anggota kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat sewaktu menunggu tempahan e-hailing yang mana pemandu tersebut menggunakan kereta EV sekali gus dia tidak dapat mengesan kenderaan itu telah tiba untuk mengambilnya.

“Banyak kali saya ditanya oleh pemandu e-hailing, ‘macam mana awak tahu kereta saya sampai? Saya tak sempat turun lagi awak datang betul ke kereta saya’.
“Sebenarnya, saya dengar bunyi enjin kereta. Lagi pula, saya dah tulis nota siap-siap beritahu saya OKU buta. Jadi, biasanya driver (pemandu) akan berhenti betul-betul di hadapan saya,” katanya pada hantaran Facebook.

Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, berkata, kali ini dia berdepan kisah berbeza apabila notifikasi di telefon menunjukkan pemandu tersebut telah tiba untuk mengambilnya.

“Tapi saya tak perasan pula ada kereta. Tiba-tiba pemandu itu datang pada saya dan dia kata, ‘mesti awak tak perasan kereta saya dah sampai kan? Sebab saya guna kereta EV’.

“Tak ada bunyi. Lalu sepanjang perjalananlah dia cerita pasal kereta EV. Cara berceritanya tu nampak yang dia teruja dengan kereta tu. Memang senyap betul keretanya.

“Kalau tak ada bunyi enjin kereta lain, saya masih boleh dengar bunyi tayar. Kalau tempat bising macam tadi, memang tunggu sajalah saya sampai pemandu yang panggil. Tak dapatlah saya nak buat pemandu teruja lagi,” katanya berseloroh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN