PETALING JAYA – “Dalam banyak-banyak Perdana Menteri, hanya PMX boleh selesaikan isu minyak masak peket yang hilang bertahun-tahun”.
Itu luahan seorang lelaki yang meluahkan rasa terharu di atas kejayaan usaha kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengatasi masalah ‘kehilangan’ minyak masa peket di pasaran.
Menggunakan profil @Ahmad Faizuddin di media sosial individu itu berkata, dia akan terus menyampaikan kisah berkenaan kepada generasinya pada masa akan datang walaupun setelah ketiadaan Anwar kelak.
“Kalau PMX dah tak ada, saya akan ulang cerita kepada anak cucu saya.
“Nampak kecil, tapi sangat lah bermakna untuk kehidupan seharian rakyat marhaen seperti saya dan kita semua,” ujarnya.
Hantarannya itu meraih perhatian sebahagian orang ramai yang bersetuju dengan kenyataan lelaki itu.
“Setuju, telur pun tak pernah hilang dari radar. Kalau dulu, balik-balik kosong,” kata @Sarifah Hanimah Syaid Mohd.
“Baru tahun ni aku dapat merasa minyak peket murah. Alhamdulillah,” komen @Mark Juki.
“Dalam banyak-banyak hal, minyak peket yang terpenting,” tambah @Noah Mikail Adam. – KOSMO! ONLINE














