fbpx
GAMBAR HIASAN

Import EV CBU kini perlu penuhi syarat RM200,000, kuasa minimum 180kW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semua pengimportan kenderaan elektrik (EV) dalam bentuk pemasangan siap sepenuhnya (CBU) mulai 1 Julai depan akan tertakluk kepada syarat nilai minimum kos, insurans dan pengangkutan (CIF) sebanyak RM200,000 serta had kuasa motor minimum 180 kilowatt (kW).

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan hari ini.

Ia susulan tamatnya tempoh pengecualian khas selama empat tahun bagi pengimportan EV di bawah Permit Import (AP) Francais pada 31 Disember 2025.
“Susulan penamatan tempoh pengecualian tersebut, dasar berkaitan EV CBU telah dikembalikan kepada ketetapan sedia ada.

“Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira bahawa syarikat masih mempunyai baki stok termasuk stok sedia ada, stok di pelabuhan serta stok dalam transit, MITI membenarkan stok berkenaan dijual mengikut ketetapan dalam tempoh pengecualian khas sehingga habis,” katanya.

MITI berkata, penyelarasan syarat tersebut telah dimaklumkan kepada syarikat pemegang Permit Import (AP) Francais menerusi sesi libat urus yang diadakan pada 30 April lalu.

“Kementerian kekal komited memastikan persekitaran dasar yang telus, konsisten dan seimbang dalam menyokong pembangunan industri automotif selain melindungi kepentingan ekonomi negara dan hak pengguna kenderaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN