PETALING JAYA – Tune Protect Malaysia (Tune Protect) telah melancarkan tawaran siber kepada pelanggan individu kerana menyedari bahawa keselamatan siber bakal menjadi isu kritikal kepada negara.
Ini adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya sebagai sebuah Insurtech.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jubin Mehta berkata, ia juga adalah salah satu inisiatif syarikat untuk menjadikan keselamatan siber mudah diakses buat semua.
“Tawaran ini akan memberi setiap pelanggan perlindungan untuk kekal selamat dalam talian berdepan dalam era digital semasa,” katanya dalam temu bual secara emel bersama Kosmo! baru-baru ini.
Mehta menjelaskan, syarikat itu akan terus memperkasakan usaha dalam pembangunan inovasi teknologi bagi memenuhi permintaan pelanggan dan pasaran.
Pada masa sama katanya, syarikat terus membuat pelaburan dalam alatan, aplikasi serta program diperlukan untuk terus mengejar dunia teknologi yang sentiasa berubah.
“Dengan memanfaatkan teknologi ini, kami dapat menyediakan kelajuan dan kemudahan kepada pelanggan dengan kebolehcapaian yang tinggi.
“Ia seperti aplikasi mudah alih sebagai platform untuk pelanggan memilih pelan insurans sesuai dan menyusun ciri untuk memenuhi keperluan dan bajet.
“Selain itu, salah satu faktor utama yang membezakan kami dengan pesaing adalah perkhidmatan pantas, contohnya komitmen 3:3:3 untuk pelanggan kami.
“Ini tarikan utama bagi kumpulan sasaran dan dapat membantu mengukuhkan lagi kedudukan dalam industri,” jelasnya.
Mehta menerangkan, sebagai jenama yang mengutamakan pelanggan, aksesibiliti, kemampuan dan kemudahan produk serta perkhidmatan adalah tunjang utama bagi syarikat.
Tambah beliau, kumpulan utama yang disasarkan adalah golongan millennial dan zillennial yang juga dikenali sebagai Now Generation, selain golongan terabai seperti perusahaan kecil dan kecil (PKS), B40 dan M40 turut diutamakan syarikat.
“Untuk kelebihan Now Generation ini, kami telah memulakan latihan penjenamaan berskala besar untuk membantu syarikat mencapai visinya untuk menjadi penanggung insurans gaya hidup yang menarik kepada dunia digital dan generasi muda.
“Sebagai contoh, kami telah memperkenalkan T.P (The Thumb to Click to Start).
“Pada dasarnya, ini adalah teras utama kepada kempen ini untuk memperlihatkan bahawa insurans adalah sesuatu yang sangat mudah bagi pengguna.
“Kami menjadikan ibu jari sebagai maskot baharu Tune Protect yang dinamakan T.P.
Ia memudahkan proses mendaftar dan membuat tuntutan pelanggan, hanya perlu klik paplikasi Tune Protect,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE