fbpx
Al-Sultan Abdullah menyantuni keluarga penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di Kuantan, Pahang petang tadi.

Agong santuni keluarga mangsa kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Konvoi membawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terserempak dengan satu kemalangan di Batu 12, Jalan Kuantan – Gambang, Pahang petang tadi.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menuruni kenderaan rasmi Baginda untuk menyantuni keluarga penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan itu.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda ketika itu dalam perjalanan dari Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang ke Istana Negara di Kuala Lumpur.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sedih dengan kemalangan yang telah meragut nyawa penunggang motosikal itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu,” kata kenyataan itu sebentar tadi.

Kata Istana Negara, Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama para solihin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN