fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh @Erlynatasya_ memaparkan seekor monyet sedang melarikan sebuah komputer riba di kolej kediaman sebuah universiti awam.

Monyet larikan laptop, ‘nak tolong siapkan tugasan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat seekor monyet yang melarikan sebuah komputer riba milik seorang pengguna tular di media sosial sehingga mengundang reaksi lucu orang ramai.

Menerusi perkongsian pemilik akaun Threads Erlynatasya_, monyet itu dilihat selamba membawa sebuah komputer riba di kawasan halaman kolej kediaman sebuah universiti awam.

“Laptop siapa kena rembat ni weh,” katanya berseloroh.

Rata-rata pengguna turut berseloroh mengatakan monyet tersebut ingin membantu melakukan tugasan pelajar universiti.

“Hahaha weh, monyet itu nak tolong siapkan ‘assignment’ ke?,” seloroh @Neyweve.

“Orang lain bekerja dari rumah, dia bekerja dari pokok,” kata @Qasturi.Wani.

“Monyet pinjam sekejap je tu, nak apply ‘PhD’ katanya,” ujar @Ainsyzwanii_ pula.

Bagaimanapun, pemilik laptop tersebut yang dikenali sebagai Azzman, menarik nafas lega apabila memaklumkan peranti pentingnya itu telah berjaya didapatkan semula.

“Alhamdulillah dah dapat balik,” katanya sambil memuat naik gambar laptop berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN