PETALING JAYA – Rata-rata pengguna di media sosial menyifatkan bulan Mei sebagai bulan paling laju dan dianggap ‘green flag’ (petanda baik) selepas mengharungi April yang ‘panjang’.
Menerusi satu hantaran di Threads oleh @Nr.nadi4, orang ramai meluahkan rasa hairan apabila tidak menyedari sudah pun melewati minggu pertama bulan Mei.
“‘Green flag’ bulan Mei ini, tahu-tahu dah 7 Mei,” katanya.
Hantaran itu mendapat sokongan daripada pengguna lain yang rata-ratanya masih trauma dengan bulan April yang rasa terlalu panjang dan lama, terutamanya bagi mereka yang menunggu hari gaji.
“Kalau bulan April hari itu, azabnya kena tunggu,” kata pengguna @Cangnuckelz.
“Beza betul dengan bulan April itu,” seloroh pengguna @Mimpipergi.
“Ya betul itu, laju bila bulan itu ada peristiwa. Contohnya hari raya haji akan datang ini,” kata pengguna @Qaz_an.
Selain cuti hari raya yang panjang, ada juga yang mengaitkan kepantasan ini dengan keterujaan menunggu cuti sekolah dan hari gaji yang bakal tiba tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun, di sebalik keterujaan itu, ada juga suara-suara kecil yang mula rasa gementar, terutamanya bagi mereka yang sudah merancang majlis perkahwinan pada bulan Jun hadapan.
Sehingga kini, hantaran tersebut terus menjadi perbualan hangat dengan perkongsian pelbagai ragam pengguna yang rata-ratanya berharap agar momentum ‘kepantasan’ bulan Mei ini kekal positif sehingga ke penghujungnya. — KOSMO! ONLINE














