fbpx
Hee Sem memeriksa bekalan minyak masak di sebuah pasar raya di Jasin, Melaka, hari ini. - Foto oleh AMRAN MULUP

Lebih 200 premis ambil ‘booking’ minyak masak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Lebih 200 premis di negeri ini berada dalam pemerhatian pihak berkuasa selepas dikesan menerima ‘booking’ minyak masak tulen sehingga menyebabkan bekalan pengguna terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Penerangan, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, premis yang dipantau melibatkan syarikat pemborong, pembungkusan dan peruncit.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri sedang memantau lebih 200 premis dipercayai terlibat dalam penyelewengan minyak masak tulen bersubsidi dengan cara mengambil booking atau tempahan.

“Kegiatan inilah yang menjadi punca bekalan sebulan 1,800 metrik tan minyak masak tidak mencukupi seperti dilaporkan pengguna,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan pemantauan di Pasar Besar Jasin di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, minyak masak peket bersubsidi itu dipercayai dijual secara borong kepada pengusaha restoran dan warung.

“Selain itu ada juga peringkat pemborong yang telah menjual bekalan minyak masak peket ini kepada peruncit tidak mempunyai lesen.

“Minyak masak ini sepatutnya dikhaskan untuk kegunaan isi rumah dan bukannya pengusaha restoran atau warung,” katanya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, sebanyak 22,174 premis telah diperiksa dalam operasi penguatkuasaan melibatkan semua peringkat iaitu pengilang, pengeluar, pembekal, pemborong serta peruncit di negeri ini.

Katanya, sebanyak 240 kesalahan dikesan dengan 163 kes disiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN