fbpx
Gambar hiasan.

‘Sedih tempahan dewan kahwin dibatal kerana PRN’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular di media sosial apabila seorang wanita mendakwa tempahan dewan majlis perkahwinannya dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka dipercayai bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menerusi hantaran di Threads oleh @Nabihahbaharudin_, dia meluahkan rasa kecewa selepas dewan yang ditempah lebih awal tidak dapat digunakan seperti dirancang.

“Dewan kahwin aku kena batal macam tu je dari PBT sebab pilihan raya,” tulisnya.

Dia itu turut memaklumkan kebanyakan dewan lain sudah penuh, sekali gus menyukarkan mereka mencari lokasi alternatif bagi meneruskan majlis tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, dia memaklumkan majlis dijadualkan berlangsung pada bulan September dan tempahan dewan telah dibuat sejak setahun lalu.

“Sangat sedih sebab saya dah tempah setahun lebih awal,” katanya.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakan pembatalan secara tiba-tiba tersebut.

“Sebab tu malas nak pakai dewan kerajaan, dah lah leceh pastu sesuka hati batalkan,” komen @Frratqa.

Seorang lagi pengguna, @N.azzaaaaaaaa, mendakwa beberapa dewan milik PBT lain juga tidak boleh digunakan pada tempoh tertentu yang dipercayai berkaitan PRN.

“Apa yang saya tahu semua dewan milik PBT tak boleh guna bulan 10 ni tapi tak tahu pula sebab ni,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN