RANTAU PANJANG – Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kalbok Lima di sini ditutup kepada semua kenderaan ringan ekoran ditenggelami banjir sedalam 0.8 meter.
Tinjauan Kosmo! mendapati, laluan tersebut hanya boleh digunakan oleh kenderaan berat dan pacuan empat roda sahaja.
Rata-rata pengguna laluan itu mengakui terkejut dengan peningkatan mendadak paras air di kawasan berkenaan.
Selain itu, jalan Kuala Kwong ke Panglima Bayu- Tanah Merah, Jalan Lampu Isyarat Cabang 4, Petronas Bandar Rantau Panjang, Jalan Rantau Panjang Lama-Kampung Bukit Lata dan Jalan Pak Teh Kana-KampungTersang hanya boleh digunakan oleh kenderaan berat. -KOSMO! ONLINE