fbpx
Pamela Uba menjadi wanita kulit hitam pertama dinobat sebagai Miss Ireland sejak lebih tujuh dekad. - NY Post

Wanita kulit hitam pertama dinobat Miss Ireland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBLIN, Ireland – Seorang ahli sains mencipta sejarah apabila menjadi wanita kulit hitam pertama dinobatkan sebagai pemenang pertandingan ratu cantik Miss Ireland, lapor akhbar New York Post semalam.

Pamela Uba, 26, memenangi  gelaran tersebut dan tiara emas dalam pertandingan pada 5 September lalu di Cavan sekaligus mencatat sejarah dalam pertandingan ratu cantik itu yang diadakan sejak tahun 1947.

“Kemenangan ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna kepada saya. 

“Saya teruja kerana dapat menunjukkan kepada wanita di luar sana bahawa warna kulit bukan penghalang kejayaan anda,” katanya.

Pamela merupakan seorang peragawati dan penuntut jurusan sains perubatan sebelum bergelar ratu cantik.Dia berpindah ke Ireland bersama keluarganya dari Johannesburg, Afrika Selatan ketika berusia 7 tahun untuk mencari kehidupan baharu.

Pamela akan mewakili Ireland pada  pertandingan ratu cantik Miss World ke-70 di Puerto Rico Disember depan.

Wanita jelita itu merancang untuk menggunakan gelaran dan kedudukannya untuk menampilkan gambaran Ireland yang lebih pelbagai kepada dunia. 

“Saya berdepan isu perkauman dan sangat menyedihkan apabila mendengar orang ramai menyuruh saya pulang ke negara asal apabila saya bekerja keras untuk menjadikan Ireland sebagai rumah saya,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN