fbpx
Lokasi popular di Torquay, Devon yang dipenuhi khemah pelancong yang enggan membayar kos penginapan. - SWNS

Sebab nak jimat sanggup jadi gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sekumpulan pelancong di Britain dikatakan berpura-pura menjadi gelandangan supaya boleh memacak khemah di luar kawasan pelancongan kerana enggan membayar kos penginapan  hotel, lapor akhbar The Sun semalam.

Mereka cuba mengelak membayar kos penginapan yang tinggi itu ketika berada di pantai Torquay, Devon, England.

Penduduk setempat berasa marah kerana pengunjung tersebut menggunakan kawasan yang sepatutnya digunakan oleh gelandangan hanya semata-mata kerana mahu mengurangkan kos percutian mereka.

Percutian dalam negara meningkat  selepas pandemik, menjadikan kos penginapan di lokasi popular semakin mahal. 

Hujung minggu lalu, sekurang-kurangnya tujuh buah khemah dilihat di kawasan tersebut dengan pelancong memasak makanan menggunakan dapur gas .

“Ini merupakan isu di mana pelancong mendapatkan percutian percuma daripada wang pembayar cukai di Torbay. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima,” kata Ketua Perkongsian Komuniti Cockington, Chelston & Livermead, Roger Carter. 

Situasi tersebut bagaimanapun mendapat reaksi positif daripada beberapa penduduk tempatan yang mendakwa ia bukan satu kesalahan.

“Apa salahnya? Pelancong itu bukan datang ke sini untuk membeli rumah kedua. Mungkin mereka tidak sanggup membayar wang kepada tapak perkhemahan yang ‘cekik darah’,” kata seorang penduduk tempatan, Christine Lillicrap. –  Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN