fbpx

Penganggur parah ditetak lelaki kurang siuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amir menunjukkan tempat bapa saudaranya ditetak di bahagian dapur sebuah rumah di Wakaf Mek Zainab.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seorang penganggur hanya mampu melaungkan kalimah Allahuakbar beberapa kali ketika dia ditetak dengan parang oleh lelaki dipercayai kurang siuman dalam kejadian di sebuah rumah di Wakaf Mek Zainab di sini hari ini.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia 45 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dekat sini dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Saksi kejadian, Mohd. Amir Rasdi, 19, berkata, sewaktu kejadian, mangsa merupakan bapa saudaranya yang hanya dikenali sebagai Khairi bersama empat lagi sepupu lelaki dipercayai sedang berbual-bual sekitar pukul 4.30 petang.

Katanya, ketika itu, dia sedang mengecat sangkar burung di depan rumah mangsa.

“Secara tiba-tiba, seorang lelaki yang hanya hanya memakai seluar pendek dengan memegang parang lalu meluru masuk dan bertindak menyerang bapa saudara saya.

“Mangsa kemudian melarikan diri ke dalam rumah sebelum ditetak bertubi-tubi pada bahagian anggota badan ketika berada di dapur. Saya juga terdengar mangsa menyebut kalimah Allahuakbar beberapa kali ketika ditetak ,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online sebentar tadi.

Katanya, dia dan empat sepupu yang lain cuba menolong mangsa untuk menghentikan serangan itu namun, tidak mampu kerana lelaki itu turut mengacukan parang ke arahnya.

Menurut Mohd. Amir, lelaki tersebut yang berlumuran darah bertindak melarikan diri sambil membawa parang dengan berlumuran darah kira-kira 10 minit kemudian.

“Penduduk di sini yang terdengar kejadian itu terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu.

“Saya juga difahamkan bapa saudara dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Difahamkan, sebelum kejadian suspek kelihatan berlegar- legar di kawasan sekitar sambil mengasah parang dan membawa bakul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut masih dilakukan.

Katanya, polis telah menahan suspek yang di sekitar kawasan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI