fbpx
ANWAR ketika berucap pada program ceramah umum Pakatan Harapan ‘Keadilan untuk bangsa Johor di Bukit Bakri, Johor, malam tadi.

Johor perlu pemimpin yang ‘firm’ – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Johor memerlukan pemimpin yang bijak, tegas dan berani membuat keputusan bagi memastikan kepentingan negeri terus terpelihara serta agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepimpinan negeri perlu mempunyai pendirian jelas dalam menentukan hala tuju, khususnya bagi negeri besar yang mempunyai potensi ekonomi tinggi seperti Johor.

Menurut beliau, Johor mempunyai kelebihan strategik yang mampu dimanfaatkan serta menarik lebih banyak pelaburan sekiranya ditadbir dengan baik.

“Kita mahu ketua di negeri macam PM (Perdana Menteri) juga, firm, kawan dengan Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat), kawan dengan Xi Jinping (Presiden China).

“Kalau Eropah tak betul, no way, kita cakap baru orang hormat kita, kita bebas merdeka, we are friends to all tapi kita jaga kita punya polisi.

“Dia buat tak betul itu (seperti di) Gaza, kita cakap tak betul. Tapi saya bukan syok saya cakap kerana saya wakil rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) ‘Keadilan untuk Bangsa Johor’ di Bukit Bakri, di sini, malam tadi.

Tambahnya, rakyat Johor berhak menentukan kepimpinan yang dipilih, namun pemimpin yang menerajui negeri itu perlu mempunyai keupayaan untuk berunding, membuat keputusan serta memperjuangkan keutamaan dan kepentingan Johor.

“Mahu Johor senang, senang ruling (ditadbir), senang tolong, senang bincang. Ini sebahagian negara kita. Siapa Johor mahu pilih itu Johor punya keputusan. Apa Johor punya keutamaan itu (adalah) dia (pemimpin yang) boleh bincang.

“Sebab itu saya kata pimpinan di Johor ini mesti orang yang bijak dan orang yang berani. Baru dia boleh buat keputusan, jaga kepentingan Johor tapi dia tahu Johor is part of Malaysia,” ujarnya.

Anwar berkata, kerajaan Persekutuan sentiasa memastikan kebajikan rakyat di semua negeri termasuk yang ditadbir pembangkang terus terbela dan bantuan serta peruntukan terus disalurkan berdasarkan keperluan rakyat tanpa mengira latar belakang politik.

Ujar beliau, pendekatan itu diterapkan di seluruh negara termasuk di Kelantan yang ditadbir pembangkang, khususnya dalam menangani isu banjir dan pembangunan infrastruktur. – KOSMO! OLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN