fbpx
ANTARA tujuh suspek kes tetak seorang lelaki di Pekan Nenas dibawa ke Mahkamah Majistret Pontian hari ini. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI / KOSMO!

7 suspek kes tetak Pekan Nanas dituduh hari ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Tujuh suspek kes yang disyaki terlibat dalam kejadian tetak di Pekan Nanas pada 21 Mei lalu dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Kesemua suspek yang memakai pakaian lokap polis tiba pada kira-kira pukul 8.30 pagi diiringi kawalan ketat anggota polis.

Terdahulu, enam suspek telah ditahan reman bermula dari 21 Mei hingga 4 Jun manakala seorang suspek dari 29 Mei hingga 4 Jun.

Kesemua tujuh suspek bersama lima lagi yang masih bebas akan dituduh di bawah Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 21 Mei lalu, polis menerima laporan mengenai kejadian tetak di sebuah kedai makan dan minuman melibatkan mangsa yang berusia 22 tahun mati di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN