fbpx
MBAPPE hanya kurang empat gol untuk menyamai pencapai Klose sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman di Piala Dunia. - AFP

Piala Dunia 2026: Mbappe buru rekod Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Bintang sensasi Perancis, Kylian Mbappe akan lebih mengutamakan keputusan buat pasukan berbanding memburu kejayaan peribadi untuk mengekalkan pencapaian selaku penjaring terbanyak.

Tonggak Real Madrid itu dijangka akan memainkan peranan penting ketika Les Bleus turun ke Stadium New Jersey bagi menghadapi Senegal dalam perlawanan pertama Kumpulan I.

“Sudah pasti saya mahu mencipta sejarah (mengekalkan Anugerah Kasut Emas), tetapi perkara paling penting bagi saya adalah untuk pulang ke Perancis bersama piala. Jika mampu (lakar rekod baharu jaringan terbanyak kejohanan), ia bermakna kemenangan untuk kami semua,” katanya.

Mbappe kini sudah pun mengumpul 12 gol dalam dua edisi Piala Dunia, hanya kurang empat jaringan lagi dengan pendahulu carta semasa iaitu bekas penyerang sensasi Jerman, Miroslav Klose.

Dalam masa sama, Mbappe juga percaya Perancis perlu meraih kejayaan pada edisi kali ini sebagai hadiah perpisahan terbaik buat pengendali mereka, Didier Deschamps yang akan melepaskan jawatannya selaku pengendali pasukan.

Sementara itu, Deschamps mengkritik peningkatan beban kerja dalam bola sepak peringkat tertinggi dan memberi amaran tentang kemungkinan kesan serius terhadap kesihatan pemain.

“Sebanyak 48 pasukan mengambil bahagian dalam Piala Dunia sahaja, selain terdapat pertandingan tambahan seperti FIFA Club World Cup. Oleh itu, risiko keletihan melampau tidak boleh dipandang ringan,” jelasnya.

Tambahnya, tempoh pemulihan pemain dan fasa persediaan untuk kejohanan menjadi semakin singkat menyebabkan kepenatan fizikal menjadi ketara, namun apa yang lebih utama adalah kesihatan mental pemain yang sukar untuk diukur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN