Dua beranak berdiri di atas pikap yang terjunam ke dalam sungai di Jalan Ulu Rokan, Kampung Orang Asli Langkap Dangai di Gemencheh, malam ini. -IHSAN BOMBA

[VIDEO] Hilux dua beranak terjunam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan dua beranak selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jalan Ulu Rokan, Kampung Orang Asli Langkap Dangai di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu, mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 57 tahun dan wanita berusia 21 tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum jentera tiba di lokasi pada pukul 8 malam.

Anggota bomba menyelamatkan dua beranak selepas kenderaan dinaiki terjunam ke dalam sungai di Jalan Ulu Rokan, Kampung Orang Asli Langkap Dangai di Gemencheh, malam ini. – IHSAN BOMBA

“Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati sebuah Toyota Hilux telah terbabas ke dalam sungai. Komander operasi melaporkan terdapat dua mangsa di dalam kenderaan tersebut dan anggota bomba segera menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan tali, pelampung serta jaket keselamatan.

“Kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke tempat selamat. Kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN