Tangkap layar video memaparkan beberapa anggota bomba sedang menyertai aktiviti zumba.

[VIDEO] ‘Nak pecah dada menangis sebab Tun…tengok bomba terhibur hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Di sebalik kesedihan orang ramai mengenang pemergian isteri bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali Isnin lalu, video sekumpulan anggota bomba ‘mengubati’ seketika kedukaan tersebut.

Gelagat bersahaja beberapa anggota penyelamat mencuri perhatian apabila mereka menyertai aktiviti zumba bersama sekumpulan wanita menerusi video yang dikongsikan @Nrzerx di media sosial.

“Paling depan tu dalam dunia sendiri dah tu. Paling gembira berzumba kejap. Menyempat sertai mak cik-mak cik ni,” katanya.

Hantaran itu mengundang senyuman netizen, malah ada yang menyifatkannya sebagai ‘hiburan’ seketika di saat ruang maya dipenuhi perkongsian mengenai Allahyarham Hasmah.

“Nak pecah dada menangis ja dua hari sebab Tun (Hasmah). Tengok video terhibur juga hati,” kata @Ryzun07.

“Walaupun mata pedih dari semalam sampai nak memandu pun tak boleh buka mata, sis terhibur petang ini. Terima kasih bagi kami sengih,” balas @Masriyana_bakri.

“Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berzumba-zumba,” seloroh @Amirulhalim22. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN