HAKIM Danish memiliki pengalaman dan memori yang manis di Aragon menyebabkan dia yakin mampu memberikan aksi terbaik. - FB ZK RACING

Moto3: Hakim Danish sedia tebus kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli memasang misi besar menjelang Grand Prix (GP) Aragon, hujung minggu ini terutama kembali mencabar kelompok hadapan sekali gus menebus kekecewaan di Silverstone.

Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu terpaksa menamatkan perlumbaan GP Britain lebih awal selepas terbabit dalam kemalangan akibat dilanggar pelumba lain sekali gus berputih mata untuk menambah kutipan mata penting di pentas Moto3.

Bagaimanapun, insiden berkenaan tidak mematahkan semangat pelumba berusia 19 tahun itu sebaliknya memberi motivasi kepadanya untuk mencipta kejutan di Litar MotorLand Aragon.

Pelumba kelahiran Terengganu itu mempunyai pengalaman baik di litar Aragon apabila menjuarai Perlumbaan 2 Pusingan Ketiga Red Bull MotoGP Rookies Cup pada 2025.

“Saya membuat kajian semula terhadap kelemahan selepas GP Britain dan melakukan beberapa penambahbaikan dalam latihan. Saya juga mengkaji semula perlumbaan Red Bull Rookies di Aragon sebagai persediaan. Saya sudah berlatih dengan lebih keras dan bersedia untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Selepas 12 pusingan, Hakim Danish kini berada di tangga kelapan Kejuaraan Dunia Moto3 dengan 86 mata, selain menduduki tempat ketiga dalam saingan Rookie of the Year.

“Saya datang dengan keyakinan cukup tinggi dan bersedia untuk bersaing. Saya tahu kedudukan saya sekarang dan masih banyak mata yang boleh dikutip.

“Saya pernah menang di Aragon sebelum ini dan pengalaman itu pastinya memberikan keyakinan tambahan. Saya mahu gunakan pengalaman tersebut untuk kembali lebih kuat,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengurus Hakim Danish, Zulfahmi Khairuddin menyifatkan Aragon sesuai dengan gaya tunggangan anak didiknya itu, namun keadaan cuaca yang tidak menentu boleh menjadi cabaran sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN