Sebutir bom lama jenis mortar 60 milimeter (mm) ditemukan di tepi Sungai Chemangkoh, Gemencheh di sini, malam semalam. -IHSAN POLIS

Pemancing terkejut jumpa bom mortar di tepi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Seorang pemancing terkejut apabila menemukan sebutir bom lama jenis mortar 60 milimeter (mm) di tepi Sungai Chemangkoh, Gemencheh di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan objek disyaki bom itu kira-kira pukul 9 malam pada 10 Oktober lalu.

Menurutnya, polis yang bergegas ke lokasi mengesahkan terdapat objek dipercayai bom lama sebelum kawasan berkenaan dikawal bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) kemudian menjalankan tindakan pemusnahan objek itu,” katanya dalam kenyataan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN