PETALING JAYA – Di sebalik kesedihan orang ramai mengenang pemergian isteri bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali Isnin lalu, video sekumpulan anggota bomba ‘mengubati’ seketika kedukaan tersebut.
Gelagat bersahaja beberapa anggota penyelamat mencuri perhatian apabila mereka menyertai aktiviti zumba bersama sekumpulan wanita menerusi video yang dikongsikan @Nrzerx di media sosial.
“Paling depan tu dalam dunia sendiri dah tu. Paling gembira berzumba kejap. Menyempat sertai mak cik-mak cik ni,” katanya.
Hantaran itu mengundang senyuman netizen, malah ada yang menyifatkannya sebagai ‘hiburan’ seketika di saat ruang maya dipenuhi perkongsian mengenai Allahyarham Hasmah.
“Nak pecah dada menangis ja dua hari sebab Tun (Hasmah). Tengok video terhibur juga hati,” kata @Ryzun07.
“Walaupun mata pedih dari semalam sampai nak memandu pun tak boleh buka mata, sis terhibur petang ini. Terima kasih bagi kami sengih,” balas @Masriyana_bakri.
“Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berzumba-zumba,” seloroh @Amirulhalim22. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














