fbpx
Burung helang yang dirampas dalam Op Bersepadu Khazanah di Taman Sungai Kapar Indah, malam tadi.

Padah bela helang RM100,000 secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tindakan seorang lelaki memelihara seekor burung helang bernilai RM100,000 tanpa permit membawa padah apabila ditahan dalam Op Bersepadu Khazanah di Taman Sungai Kapar Indah di sini, malam tadi.

Suspek berusia 21 tahun itu ditahan pukul 9.40 malam hasil operasi dijalankan Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor.

Komander PSP Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosli Md. Yusof berkata, pemeriksaan mendapati lelaki itu gagal mengemukakan dokumen kebenaran bagi memiliki, menyimpan atau memelihara burung berkenaan.

Menurutnya, rampasan turut dilakukan terhadap burung helang daripada spesies Black-winged Kite dan satu unit tempat hinggap burung diperbuat daripada paip PVC dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM100,020.

“Rampasan spesis itu merupakan antara kes pemilikan yang jarang dilaporkan dalam operasi penguatkuasaan hidupan liar di negara ini. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 68 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya hari ini.

Untuk rekod, Black-winged Kite merupakan spesies burung pemangsa daripada keluarga Accipitridae yang mempunyai taburan semula jadi luas terutama di Afrika dan kawasan tropika Asia.

Spesies itu mudah dikenali melalui warna badan putih dan kelabu, tanda hitam pada bahagian sayap serta mata berwarna merah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN