fbpx
Penganjuran RXZ Members 7.0 di Gong Badak, Kuala Nerus pada tahun lalu.

Bertindih PRN, peserta RXZ Members dijangka kurang 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kehadiran peserta program permotoran RXZ Members 8.0 pada 31 Julai dan 1 Ogos ini dijangka merosot 10 peratus ekoran pertindihan tarikh dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Penganjur RXZ Members 8.0, Lukhman Hassan berkata, pertindihan itu tidak dapat dielak biarpun ia akan menyebabkan majoriti peminat motosikal Yamaha RXZ dalam kalangan pengundi Negeri Sembilan tidak dapat menghadirinya pada edisi kali ini.

“Kami menyarankan peminat Yamaha RXZ dari Negeri Sembilan menjadi keutamaan untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN berlangsung 1 Ogos itu.

“Jika tidak dapat hadir tahun ini, mereka boleh bersama-sama memeriahkan acara pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri taklimat persiapan program RXZ Members yang dipengerusi Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin.

Lukhman berkata, biarpun bertindih dengan PRN Negeri Sembilan, beliau tetap menyasarkan RXZ Members tetap akan dihadiri kira-kira 120,000 peserta.

Beliau berkata, unjuran itu berdasarkan sambutan menggalakkan daripada peminat RX-Z seluruh negara dalam penganjuran edisi-edisi terdahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN