fbpx
HADI AWANG ketika berucap pada Majlis Grand Finale PN PRN Johor 2026 di Laman Muafakat, Simpang Jeram, Johor, malam tadi. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

Pas risau 134 NGO ‘kejar’ pengundi Cina, Melayu ‘tinggalkan gelanggang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menzahirkan kebimbangan terhadap gerakan 134 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengajak masyarakat Cina pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tatkala sebahagian orang Melayu tidak menunaikan tanggungjawab tersebut.

Beliau berkata, keadaan itu boleh memberi kesan terhadap kuasa politik orang Melayu sekiranya terus berpecah dan tidak mengambil berat kepentingan keluar mengundi.

“Saya risau apabila membaca dalam media bahawa 134 NGO pertubuhan Cina menggerakkan masyarakat Cina untuk balik mengundi, sedangkan ramai orang Melayu tidak keluar mengundi. Ada yang tidak mengundi kerana hendak menunaikan umrah.

“Kalau orang bukan Islam keluar mengundi, mereka akan menguasai politik. Jika kita tidak keluar mengundi, kuasa politik akan hilang, kuasa politik penting untuk orang Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Grand Finale Perikatan Nasional (PN) PRN Johor 2026 di Laman Muafakat, Simpang Jeram, di sini, malam tadi.

Ujarnya lagi, Pas sanggup melupakan pertelingkahan lama dengan UMNO kerana
kepentingan utama parti itu ketika ini adalah memastikan kuasa politik orang Melayu terus kukuh.

“Jangan sampai orang Melayu bertumbuk sesama sendiri. Begitu juga dengan orang bukan Islam yang tidak ekstrem, kerana ramai orang Cina dan India tidak mempunyai pendekatan yang ekstrem.

“Sebab itulah masyarakat Cina di Sabah menolak DAP. Kalau orang Cina di Sabah boleh menolak DAP, mengapa orang Cina di Johor tidak boleh berbuat demikian? Orang India juga sama,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN