fbpx
ASYRAF melawat reruai Himpunan Usahawan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

PRN Johor: BN pilih kempen besemuka, santuni pengundi di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mendakwa semakin mendapat keyakinan pengundi bukan Melayu apabila momentum sokongan daripada masyarakat Cina dan India terus menunjukkan peningkatan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, perkembangan positif itu dapat dilihat hasil jelajah kempen yang dilakukannya di hampir dua pertiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Johor sepanjang tempoh berkempen.

Asyraf berkata, berbeza dengan pilihan raya sebelum ini, BN memilih untuk memberi tumpuan kepada kempen secara bersemuka dari rumah ke rumah berbanding menganjurkan ceramah mega kerana pendekatan itu lebih berkesan menyampaikan mesej kepada pengundi.

Katanya, dengan bantuan sukarelawan pelbagai peringkat, jentera parti berjaya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) pada minggu pertama kempen apabila hampir semua rumah di kawasan masing-masing berjaya disantuni.

“Pada minggu kedua pula, fokus kita adalah bertemu pengundi yang masih belum sempat ditemui. Sebab itu kita tidak banyak mengadakan ceramah mega kerana pendekatan turun padang lebih efektif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Himpunan Usahawan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN