fbpx
RUS'SELE (lima dari kiri) bersama barisan peguam dan penyokong menunjukkan isyarat bagus sebaik prosiding selesai di Mahkamah Tinggi Kangar, hari ini.

Tiga bekas ADUN gagal cabar keputusan Speaker DUN Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan untuk membatalkan saman pemula yang difailkan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pengisytiharan kekosongan luar jangka tiga kerusi DUN, Disember tahun lalu.

Tiga bekas ADUN berkenaan membabitkan wakil kawasan Chuping (Saad Seman), Bintong (Fakhrul Anwar Ismail) dan Guar Sanji (Mohd Ridzuan Hashim) yang mencabar keputusan Speaker DUN Perlis pada 25 Disember tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas berkata, keputusan Speaker berhubung kekosongan luar jangka itu dibuat dalam lingkungan kuasa perlembagaan dan undang-undang di bawah Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

“Mahkamah berpandangan tindakan plaintif mempersoalkan perkara-perkara yang dipertimbangkan oleh defendan pertama sebagai Speaker dalam membuat keputusan berkaitan DUN secara amnya tidak boleh diadili oleh mahkamah.

“Ini kerana keesahan prosiding dalam DUN tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah. Kekebalan ini timbul daripada doktrin pengasingan kuasa antara badan eksekutif, perundangan dan kehakiman,” katanya dalam alasan penghakiman ringkas hari ini.

Hakim turut memutuskan Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan memberikan keistimewaan kepada Speaker DUN di mana keesahan keputusan Speaker tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan permohonan Speaker di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan membatalkan saman pemula yang difailkan tiga bekas ADUN berkenaan.

Mahkamah bagaimanapun tidak membuat sebarang perintah berhubung kos. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN