fbpx
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/ KOSMO!

Atuk 73 tahun didakwa ‘sentuh’ dua budak di stor masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang warga emas berusia 73 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan di stor sebuah masjid dekat sini, dua minggu lalu.

Tertuduh, Aziz Mohammad @ Teh Eng Guan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia lapan dan 10 tahun di bahagian bilik stor sebuah masjid di Semabok masing-masing pada pukul 1.05 tengah hari, 15 Jun lalu dan 22 Jun lalu.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rif’ah ‘Izzati Abdul Mutalif mencadangkan jaminan RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi serta melapor diri di balai polis sekali setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam Amritpal Singh yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum dengan alasan anak guamnya perlu menyara tiga anak termasuk seorang anak yang menghidap autisme.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat tidak mengganggu mangsa dan saksi serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Sebutan semula ditetapkan pada tarikh 29 Julai depan sebagai untuk serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN