fbpx
Sebahagian daripada lapan warga asing disyaki PATI yang berjaya ditahan dalam serbuan di Paka, Dungun semalam

PATI patah balik serah diri lepas tersedar tertinggal anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seramai lapan termasuk dua kanak-kanak warga Myanmar disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya diberkas dalam serbuan di empat lokasi penempatan warga asing berlainan di sekitar daerah ini dan Kemaman semalam.

Serbuan selama sembilan jam berakhir pukul 6 pagi itu melibatkan tangkapan PATI berusia tujuh hingga 43 tahun.

Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Terengganu, Mohd. Yusri Mohd. Nor berkata, salah seorang lelaki warga Myanmar yang ditahan terpaksa berpatah balik dan menyerah diri setelah menyedari tertinggal anaknya di dalam rumah kongsi.

“Suspek sudah melarikan diri sejauh kira-kira 250 meter namun berpatah balik dan menyerah diri kepada pasukan penguat kuasa, JIM bertugas.

“Dia bertindak demikian selepas menyedari tertinggal anaknya yang sedang nyenyak tidur di dalam rumah kongsi,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, dua beranak antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di Taman Industri Paka, di sini.

Beliau berkata, baki 10 warga asing termasuk seorang wanita yang turut diperiksa dilepaskan selepas mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Lapan PATI yang ditahan termasuk dua kanak-kanak disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN