PETALING JAYA – Aksi beberapa individu dipercayai warga Rohingya tidur di atas kerusi di dalam tren Transit Aliran Massa (MRT) mengundang kecaman orang ramai di media sosial.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, individu dikenali sebagai Iofa.naura mendakwa perbuatan warga asing itu dirakam ketika tidak ramai penumpang dalam tren tersebut
“Sakit hati pulak tengok Rohingya ni baring kat dalam tren MRT tadi. Ingat Malaysia ini bapak kau punya,” tegasya.
Berdasarkan klip video yang dikongsi individu tersebut, warga asing itu kelihatan tidak mempedulikan penumpang lain dan masing-masing selesa berbaring atas kerusi MRT itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam perbuatan warga asing itu dan mereka mahu pihak MRT bertegas dengan perbuatan seperti itu supaya ia tidak memberi imej buruk kepada industri pengangkutan awam negara di mata pelancong.
“Wah, selesa betul tidur macam dia sewa satu gerabak, boleh senang lenang tidur dan berbaring dalam tren, biadap sangat perbuatan,” tulis Anker_1345.
“Orang hanyut ni memang betul-betul tidak bertamadun, memalukan imej pengangkutan awam. Ini bukan budaya rakyat Malaysia,” ujar Sepri_Ha789.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai roanijamalludin.
“Aku ni kalau tengok Rohingya kadang kesian memang kesian betul tapi yang ni memang mintak kena halau balik negara dorang,”katanya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














