fbpx
Tertuduh, Osman ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Jawi, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Osman dituduh bunuh, cederakan pasangan suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan mencederakan sepasang suami isteri pada hujung bulan lalu.

Tertuduh, Osman Bawdi Alom, 38, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Aina Ahmad.

Tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki asing tersebut kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Osman didakwa membunuh seorang lelaki warganegara sama berusia 31 tahun di sebuah rumah di Taman Belibis, dalam daerah Seberang Perai Selatan pada pukul 2.50 hingga 2.54 petang, 31 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 324 akta sama, Osman mengaku tidak bersalah kerana mencederakan isteri mangsa yang 26 tahun dengan pisau di lokasi pada waktu yang sama.

Sabit kesalahan tertuduh yang diwakili peguam G. Sathiash boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu. Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN