PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang didapati memandu secara berbahaya dengan penumpang wanita duduk secara menghadapnnya tanpa memakai tali pinggang keledar.
Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, perkara itu dikesan susulan video tular dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.
“JPJ akan mengambil tindakan terhadap pemandu dan penumpang kereta terbabit dengan mengeluarkan saman terhadap mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu tular di media sosial sebuah video memaparkan pasangan lelaki dan wanita melakukan aksi manja semasa sedang memandu.
Lebih membinbangkan, wanita berkenaan dilihat duduk secara bertentangan dengan menyandar pada papan pemuka kereta yang disifatkan mengundang bahaya. – KOSMO! ONLINE














