fbpx
Antara motosikal yang disita dalam Operasi Khas Motosikal dijalankan JPJ di sekitar ibu negara, malam tadi. Foto IHSAN JPJ

JPJ keluar 645 notis, sita 29 motosikal dalam Ops Khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 277 motosikal diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal di Plaza Tol Batu dan Plaza Tol Ayer Panas, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, hasil pemeriksaan, sebanyak 645 notis dikeluarkan dan 29 motosikal disita sepanjang operasi dijalankan bermula dari pukul 8 hingga 11 malam.

Menurutnya, dalam operasi itu, sebanyak 4,472 kenderaan diperiksa, dengan 277 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

“Kesalahan utama yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, ketiadaan insurans, memandu bawah umur, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta kesalahan teknikal yang tidak mematuhi peraturan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi diketui Ketua Seksyen Pendakwaan JPJ Kuala Lumpur, Kamarul Anuar Mazly merupakan komitmen JPJ dan rakan strategik untuk menjadikan jalan raya lebih selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN