fbpx
Anggota bomba melakukan pemantauan di Pantai Tengah, Langkawi malam ini.

Pekerja jet ski hilang di Pantai Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Seorang pekerja aktiviti sukan air dipercayai hilang apabila terjatuh ke laut di Pantai Tengah, di sini petang tadi.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada pukul 9 malam tadi.

“Berdasarkan maklumat orang awam, seorang lelaki lemas di laut semasa cuba mendapatkan sebuah jet ski yang hanyut.

“Semasa kejadian, keadaan ombak dilaporkan terlalu kuat sehingga mangsa tercampak ke laut dan hilang daripada pandangan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Arash Nashran Abdul Maser, 23, tidak memakai jaket keselamatan semasa insiden.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra dengan lima anggota dan satu jentera melakukan pemantauan di pesisir pantai,” ujarnya.

Tambahnya, Pasukan Penyelamat di Air akan memulakan operasi mencari dan menyelamat bermula awal pagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN