fbpx
JAMAL BUBUKU (kanan) dan Jamil berhenti rehat di Padang Kala, Melor dekat Kota Bharu dalam misi berjalan kaki ke Mekah kelmarin.

Jalan kaki dari Batam ke Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Dua sahabat yang berasal dari Batam, Indonesia nekad untuk menunaikan umrah ke Tanah Suci Mekah de­ngan berjalan kaki selepas berjaya melepasi enam negeri sepanjang hampir sebulan berada di negara ini.

Jamal Bubuku Berkelana, 35, dan Jamil Zainuddin, 63, memulakan perjalanan dari Batam pada 18 Jun lalu sebelum mema­suki Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Jamal Bubuku berkata, dia dan Jamil yang dikenali sebagai Pak JJ berjalan kaki selain ­menumpang kenderaan orang ramai dari Johor untuk ke sempadan Malaysia-Thailand di ne­geri ini.

Katanya, mereka berdua memulakan perjalanan dengan wang RM20 dari Batam dan kini mempunyai wang tunai seba­nyak RM4,000 yang diperoleh hasil sumbangan orang ramai.

“Sepanjang lebih sebulan perjalanan, Jamil yang merupakan perawat perubatan Islam menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya apabila cuba membantu mereka yang memerlukan khidmatnya. De­ngan rawatan itu, kami menerima sedekah sepanjang perjalanan.

“Saya sudah sampai ke Mekah dengan berjalan kaki secara solo kira-kira dua tahun lalu. Kali ini, saya bawa Pak JJ yang dikenali melalui TikTok kira-kira setahun lalu.

“Jadi, ini kali kedua saya berjalan kaki ke Mekah dan menjangkakan akan sampai ke Tanah Suci dalam tempoh 10 bulan,” katanya ketika ditemui di Padang Kala, Melor di sini kelmarin.

Jamal Bubuku memberitahu, perjalanan itu tidak sepenuhnya berjalan kaki apabila akan ada orang ramai yang menumpangkan mereka dengan kenderaan

Menurutnya, sepanjang perjalanan, dia akan berselawat untuk menenangkan fikiran dan menjauhi dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Jika badan letih, kami akan singgah di masjid dan bermalam sehari dua sebelum meneruskan perjalanan. Kami ada peralatan lengkap termasuk air minuman dan makanan ringan selain makanan yang disumbangkan oleh penduduk di setiap negeri,” ujarnya.

Sementara itu, Jamil berkata, ini kali pertama dia berjalan kaki bersama kenalannya dan berharap hasratnya untuk sampai ke Tanah Suci dengan berjalan kaki tercapai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN