fbpx
Operasi SAR hari kedua di Sungai Nilam, Hulu Selangor disambung semula pada pukul 8.30 pagi tadi. - Ihsan BBP Kubu Bharu.

Operasi SAR budak lemas disambung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Nilam, Sungai Selisek di sini diteruskan pagi tadi selepas dihentikan sementara malam semalam.

Operasi yang masuk hari kedua itu disambung semula pada pukul 8.30 pagi tadi selepas usaha pencarian pada hari pertama ditangguhkan kira-kira pukul 7 malam berikutan faktor keselamatan dan keadaan gelap di lokasi kejadian.

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dalam kenyataan memaklumkan, pasukan penyelamat meneruskan operasi dengan tumpuan pencarian di lokasi mangsa dipercayai kali terakhir dilihat.

“Radius pencarian pada hari pertama melibatkan kawasan sejauh 1.6 kilometer sebelum operasi ditangguhkan pada pukul 7 malam dan disambung semula pagi ini,” katanya hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.40 petang semalam sebelum anggota dari BBP Kuala Kubu Bharu dan BBP Tanjung Malim digerakkan ke lokasi.

Operasi SAR turut mendapat bantuan Polis Diraja Malaysia, pasukan bomba sukarela, Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan Universiti Pendidikan Sultan Idris serta penduduk kampung.

Selain itu, permohonan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut dimaklumkan kepada Pusat Gerakan Operasi Selangor bagi memperluaskan operasi pencarian mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN