fbpx
IMEJ JANAAN AI

Pengemis ‘menekan’ paksa derma guna QR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila ‘diserang’ seorang pengemis warga asing yang bertindak agresif serta mendesak untuk mendapatkan wang ihsan.

Menerusi sebuah hantaran di Threads oleh seorang pengguna, dia menceritakan pengalamannya didekati lelaki terbabit ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menuju ke stesen MRT.

Menurut mangsa, lelaki itu pada mulanya memberi alasan kononnya sedang mencari pekerjaan dan belum makan bagi meraih simpati.

“Aku kata aku ni pelajar (pelatih industri), aku sendiri tak ada duit. Lepas itu dia tak putus asa, dia kata dia betul-betul terdesak dan tak makan lagi hari ini,” katanya.

Apa yang mengejutkan, apabila mangsa memberi alasan tidak mempunyai wang tunai, pengemis berkenaan dengan selamba menyatakan bahawa dia mempunyai kod QR bagi memudahkan transaksi pindahan wang secara dalam talian.

“Aku geram aku buka bank dan tunjuk baki tinggal RM2 saja.

“Dia masih tercegat kat depan aku dan akhir sekali aku bagi je RM2 yang aku ada tu,” tambahnya lagi.

Rata-rata pengguna turut mengecam tindakan pengemis tersebut dan menasihati wanita itu agar tidak mudah memberikan wang kepada mana-mana orang asing selepas ini.

“Lepas ni kalau jumpa orang macam ni buat tak tahu je. Buat-buat tak boleh cakap atau tak boleh dengar,” kata Hanijasan.

“Bayangkan sebenarnya dah 40 orang bagi dia RM2, dah ada RM80 dalam bank dia,” ujar Zaidi.Zed.7 pula.

“Baik sangat awak ni. Kalau saya tunjuk baki dan cakap saya pun miskin,” seloroh Kefinated.y. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN