SEBELUM ini, Kesavan Sai berhadapan dengan kesukaran untuk membaca dengan lancar. Kesukaran yang dihadapi oleh murid berusia 12 tahun itu telah disedari oleh salah seorang gurunya di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Ladang Effigham, Petaling Jaya, Selangor. Rentetan itu, Kesavan telah diminta untuk mengikuti program Projek BacaBaca yang merupakan satu inisiatif yang diterajui oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Taylor’s. Selepas setahun mengikuti program tersebut, Kesavan kini boleh membaca dengan lancar. “Dahulu, saya tidak boleh membaca, sekarang saya gembira kerana……














