fbpx
Wan Rosdy

Wan Rosdy tempelak Guan Eng, jangan jadi batu api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menempelak Penasihat DAP Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai dalam kerajaan perpaduan.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang sehubungan itu mengingatkan Guan Eng agar tidak menjadi batu api yang mampu mencetuskan masalah lebih besar.

“Kenyataan sedemikian tidak membantu, malah boleh mengeruhkan keadaan ketika pimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sedang berusaha mencari penyelesaian terhadap beberapa isu yang timbul kebelakangan ini.

“Jika beliau mempunyai pandangan negatif terhadap UMNO dan Barisan Nasional, beliau juga perlu memahami bahawa ramai dalam UMNO dan BN mempunyai pandangan yang sama terhadap beliau,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini sebuah portal berita melaporkan Guan Eng menyifatkan UMNO dan BN sebagai rakan kerjasama yang tidak boleh dipercayai dalam kerajaan perpaduan dan menggesa rakyat menolak mereka pada pilihan raya akan datang.

Merujuk tindakan UMNO Negeri Sembilan baru-baru ini untuk menggulingkan Menteri Besar Aminuddin Harun, Guan Eng dilaporkan berkata ia membuktikan gabungan tersebut sanggup mengenepikan kepentingan nasional demi manfaat politik peribadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN