fbpx
Gambar hiasan

Penternakan babi hanya di kawasan baharu jauh dari penempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan Persekutuan menegaskan bahawa semua aktiviti penternakan babi hanya dibenarkan di kawasan baharu yang jauh daripada kawasan perumahan.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, selain itu kawasan penternakan haiwan tersebut perlu jauh dari sumber air utama dengan penggunaan teknologi moden bagi mengawal sisa dan pencemaran.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, keputusan itu dipersetujui selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa negeri Selangor, selain mempersembahkan perkara berkenaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kerajaan Persetuan mengambil pendirian bahawa sebarang kawasan penternakan khinzir hanya boleh dilaksana di kawasan-kawasan baru yang terletak jauh dari kawasan perumahan.

“Atau sumber kritikal seperti aliran air, sungai dan seumpamanya, serta dengan penggunaan teknologi tinggi yang mampu mengurus isu sisa dan pencemaran dengan sangat baik,” katanya pada taklimat krisis bekalan global dan sidang akhbar pasca-Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Langkah itu, jelasnya, bertujuan memastikan keseimbangan antara keperluan industri ternakan dan kelestarian alam sekitar, selain menjaga sensitiviti kawasan setempat.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki yang memohon pertimbangan supaya penternakan babi dibenarkan di Selangor.

Menurut Siew Ki, penternakan babi sepatutnya tidak dibezakan dengan penternakan haiwan lain yang juga menghasilkan risiko pencemaran dan kesihatan yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN