fbpx
Gambar hiasan.

30,000 Jualan Rahmah 2026, harga hingga 30 peratus lebih murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan program Jualan Rahmah Madani kepada 30,000 siri pada tahun 2026 berbanding 25,000 sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program itu terbukti membantu rakyat apabila menawarkan barangan keperluan pada harga antara lima hingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran.

“Mulai tahun ini, kita pastikan dua perkara, pertama setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat dan kedua, ia diadakan setiap minggu.

“Pendekatan ini membolehkan pengguna mengetahui lokasi dan jadual tetap untuk mendapatkan barangan pada harga lebih rendah,” katanya ketika sidang akhbar Taklimat Krisis Bekalan Global hari ini.

Selain itu, pelaksanaan program tersebut turut diperluas ke kawasan luar bandar dan kampung terpilih, bukan hanya tertumpu di bandar.

Anwar menegaskan, penglibatan peniaga kecil akan diberi keutamaan dalam program tersebut bagi memastikan manfaatnya tidak dimonopoli syarikat besar.

“Kita mahu peniaga kecil turut mendapat peluang menjual barangan mereka dengan harga lebih berpatutan,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan akan terus menilai dan memperkenalkan langkah baharu dari semasa ke semasa bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN