PETALING JAYA – Jalan Kuchai Lama sekali lagi dilanda banjir hari ini, mengulangi kejadian sama yang pernah berlaku di lokasi berkenaan pada tahun 2022.
Perkara itu dikongsikan pengguna Threads, roul_ismail hari ini.
Menurutnya, kejadian banjir tersebut dijangka menyebabkan kelewatan beberapa perkhidmatan bas di laluan terlibat.
“Jalan Kuchai Lama dilanda musibah banjir pada hari ini, 6 Mei 2026. Kali terakhir berlaku pada 2022 di tempat yang sama.
“Jangkakan kelewatan bas T585, T586, T587, T588 serta RapidKL 590,” katanya.
Tambahnya, keadaan air masih belum surut walaupun selepas 30 minit kejadian berlaku. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














