fbpx
Timbalan Presiden 1 Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V. Subramaniam (tiga kanan) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad (tiga kiri) bergambar pada sidang akhbar sempena Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini. Turut sama, beregu campuran negara, Chen Tang Jie (kanan) danToh Ee Wei (kiri). GAMBAR: FARIZ RUSADIO

BAM buka pintu buat Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi bayangan positif terhadap hasrat jaguh perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, untuk kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, memaklumkan bahawa pada dasarnya badan induk itu tidak mempunyai sebarang halangan, namun beberapa perincian teknikal perlu diperhalusi sebelum keputusan rasmi dimuktamadkan.

Menurut beliau, perkara utama yang menjadi keutamaan ketika ini adalah untuk mendapatkan kelulusan daripada barisan ahli majlis BAM sebelum sebarang perancangan lanjut dapat dilaksanakan.

“Saya rasa perkara ini pun sudah disebut oleh Pengerusi Jawatankuasa Prestasi, Datuk Seri Lee Chong Wei. Pada dasarnya BAM tidak ada masalah dan kita cuma perlu memperkemaskan beberapa perkara sahaja,” katanya yang ditemui selepas sidang media Perodua Malaysia Masters 2026 di Bukit Kiara, hari ini.

Menurut Kenny, kelulusan daripada ahli majlis BAM menjadi satu-satunya perkara yang perlu diselesaikan sebelum keputusan rasmi dibuat.

“Salah satunya adalah untuk mendapatkan kelulusan daripada ahli majlis. Itu sahaja. Tetapi pada asasnya memang tidak ada masalah dan ini juga bukan perkara baharu kerana sebelum ini kita pernah menjemput beliau untuk berlatih bersama,” jelasnya.

Langkah tersebut dilihat mampu memberi kelebihan kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam meningkatkan tahap persaingan dalam kalangan pemain kebangsaan.

Bagaimanapun, Kenny menjelaskan perincian program latihan masih perlu diteliti bagi memastikan manfaat maksimum dapat diperoleh.

“Kita perlu lihat dahulu program latihannya dan sama ada dia akan berlatih bersama pemain elit atau pemain pelapis. Saya rasa perkara ini akan diperhalusi oleh Jawatankuasa
Prestasi,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN