fbpx
Lokasi Taman Eko Rimba Jeram Toi, Jelebu yang mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, petang tadi. IHSAN POLIS

Budak perempuan lemas jatuh di Jeram Toi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELEBU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jelebu, di sini petang semalam selepas dilaporkan terjatuh di Jeram Toi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Azizan Said berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kes tersebut dari seorang lelaki berusia 38 tahun yang merupakan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kira-kira pukul 5.44 petang.

“Berdasarkan laporan awal, mangsa bersama ahli keluarga telah pergi ke taman eko rimba berkenaan untuk berkelah.

“Hasil siasatan awal, mangsa bersama ibunya telah tergelincir jatuh dan ibu mangsa sempat menyelamatkan diri manakala mangsa terus tenggelam ke dasar kolam buatan.

“Ibu mangsa memaklumkan mangsa tidak pandai berenang. Hasil bantuan pengunjung yang berada di tempat kejadian telah menjumpai mangsa di dasar kolam buatan,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Ujar Azizan lagi, mangsa kemudiannya dibawa ke Hopital Jelebu dan diberikan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.58 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN