REMBAU – Sekumpulan peminat sejarah yang bernaung di bawah Persatuan Kartografi Melaka berjaya menemui struktur jambatan serta bangunan dipercayai berfungsi sebagai Stesen Kastam, di Kendong, di sini awal bulan ini. Pengerusinya merangkap Ketua Pegawai Penyelidik, Etiquity Cartographic Research Centre, Shahrul Azzim Abd. Aziz berkata, lokasi bernilai tinggi buat sejarah negara itu terletak di laluan yang dilabel sebagai ‘cart tracks’ yang menghubungkan Kendong, Negeri Sembilan dengan Cherana Putih yang terletak di Melaka. Menurut beliau, penemuan berkenaan juga disokong melalui sebuah artikel…














