fbpx
Saifuddin (tengah) membuat laporan polis berhubung isu itu di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam.

Gambar hina Sultan: MB Selangor jumpa Menteri Komunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berhubung isu hantaran tular menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Politiknya, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, pihaknya tampil membuat laporan polis dan mendesak siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505B dan 505C Kanun Keseksaan.

Tegas beliau, hantaran pihak tidak bertanggungjawab itu disifatkan berunsur hasutan kebencian, penghinaan terhadap institusi diRaja dan berpotensi mencetuskan ketegangan kaum atau agama.

“Insya-Allah, petang ini Menteri Besar akan bertemu Menteri Komunikasi kerana ia melibatkan Sultan Selangor dan kita ambil tanggungjawab ini.

“Kita bukan hanya fokus kepada isu (hantaran) itu saja namun pertemuan itu turut membincangkan untuk mengelak mana-mana pihak menabur fitnah pada masa akan datang,” katanya di Balai Polis Seksyen 6 di di sini, hari ini.

Semalam, beberapa barisan Exco Selangor mengecam hantaran itu antaranya Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri, Ng Sze Han; Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri, Datuk Borhan Aman Shah; Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr. Mohammad Fahmi Ngah dan Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Rizam Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN