fbpx
Imej seekor harimau melintas jalan berhampiran Kampung Ulu Kuang, Chemor yang dipercayai merupakan hasil janaan AI.

Gambar harimau di Ulu Kuang disyaki janaan AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Imej seekor harimau melintas jalan berhampiran Kampung Ulu Kuang, Chemor yang tular di media sosial dipercayai merupakan hasil janaan kecerdasan buatan (AI).

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Mohd. Taufik Abdul Rahman berkata, hasil semakan mendapati imej berkenaan dipercayai bukan gambar sebenar.

“Kita memang ada menerima aduan berkaitan kehadiran haiwan pemangsa itu di kawasan berkenaan, namun ia berlaku pada tahun lalu.

“Ketika itu, tiada kejadian serangan terhadap haiwan ternakan dilaporkan, sebaliknya hanya penemuan kesan tapak kaki yang dipercayai milik harimau.

“Bagaimanapun, tiada sebarang aduan diterima mengenai kejadian harimau melintas jalan seperti yang dipaparkan dalam gambar tular itu dan kita percaya imej tersebut adalah palsu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih atau belum disahkan kerana tindakan tersebut bukan sahaja boleh menimbulkan keresahan, malah mengelirukan masyarakat.

Terdahulu, tular di media sosial gambar memaparkan imej seekor harimau dipercayai harimau belang sedang melintas jalan di Kampung Ulu Kuang, Chemor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN