fbpx
Mangsa yang sesat di Gunung Santubong ditemui selamat oleh bomba Sarawak.

Wanita Australia jatuh di Gunung Santubong, diselamat lepas 19 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Seorang wanita warga Australia yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Santubong di sini, ditemui selamat selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua, semalam.

Mangsa, Belinda Lapier, ditemui kira-kira pukul 11.59 pagi oleh pasukan penyelamat dalam keadaan selamat dengan hanya kecederaan ringan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, mangsa dipercayai tersasar laluan dari F10 ketika turun dari puncak sebelum sesat di kawasan F7.

“Lokasi mangsa berjaya dikenal pasti dan pasukan dapat berkomunikasi dengannya, namun terdapat halangan laluan yang sangat curam sehingga 90 darjah selain dipenuhi batu dan pokok besar yang menyukarkan operasi,” katanya, hari ini.

Terdahulu, pihak Forest Santubong memaklumkan mangsa dikhuatiri terjatuh sebelum berjaya dihubungi sekitar pukul 5 petang, namun hanya suara mangsa dapat didengar tanpa dapat mengesan lokasi sebenar.

Operasi SAR yang melibatkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dibahagikan kepada dua kumpulan dengan Team 1 mengambil laluan alternatif bagi menjejaki mangsa.

“Penggunaan dron oleh pihak polis juga tidak berjaya mengesan mangsa berikutan keadaan hutan yang terlalu tebal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN