fbpx
MPAJ segera menjalankan kerja pemotongan serta pembersihan sekitar Taman Dagang dan Taman Bukit Ampang. Foto MPAJ

MPAJ gerak pantas bersih pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Dua insiden pokok tumbang dalam tempoh kurang 24 jam di sekitar Taman Dagang dan Taman Bukit Ampang, di sini mencetuskan kebimbangan penduduk.

Namun Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pantas bertindak mengawal keadaan dan memastikan laluan awam kembali selamat.

MPAJ dalam kenyataan berkata, kejadian pertama dilaporkan di belakang Medan Selera Taman Dagang apabila sebatang pokok tumbang menghalang laluan awam.

“Susulan aduan diterima, pasukan penguatkuasaan MPAJ segera menjalankan kerja pemotongan serta pembersihan bagi memastikan kawasan tersebut selamat digunakan.

“Kerja-kerja pembersihan dilaksanakan bagi memastikan laluan kembali selamat dan teratur,” kata MPAJ hari ini.

Menurutnya, tindakan segera diambil termasuk pengalihan serta pembersihan pokok di Taman Bukit Ampang sehingga keadaan kembali pulih.

Sehubungan itu, MPAJ menyeru orang ramai supaya menyalurkan aduan berkaitan pokok berisiko atau sebarang kecemasan melalui saluran rasmi bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Aduan boleh disalurkan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MPAJ di https://mpaj.spab.gov.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-22-8100. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN