fbpx
Vance berucap dalam sidang akhbar selepas bertemu dengan wakil dari Pakistan dan Iran baru-baru ini. - AFP

AS, Iran pertimbang rundingan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) dan Iran sedang mempertimbangkan rundingan baharu selepas perbincangan di Pakistan berakhir tanpa mencapai sebarang persetujuan, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Sumber yang tidak dinamakan di White House memberitahu portal berita CNBC, CNN dan NBC News bahawa rundingan secara bersemuka mungkin disambung semula sebelum tamatnya gencatan senjata selama dua minggu yang sedang berkuat kuasa.

Namun, tarikh bagi pusingan rundingan baharu itu belum diumumkan.

Naib Presiden AS, JD Vance bertemu dengan perunding Iran di Islamabad pada hujung minggu lalu untuk menamatkan perang selama enam minggu selepas Washington dan Tel Aviv melancarkan serangan ke atas Tehran.

Rundingan itu berakhir pada Sabtu selepas semua pihak yang terlibat gagal mencapai persetujuan mengenai cara mengendalikan simpanan nuklear Iran dan siapa yang akan mempunyai kawalan ke atas Selat Hormuz, laluan satu per lima bekalan minyak dunia serta gas asli cecair.

Sebagai tindak balas kepada serangan yang bermula pada 28 Februari, Iran menyekat laluan kapal-kapal AS dan sekutunya daripada menggunakan selat tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN